[BERANI SEMUKA] Masa depan Puteri UMNO

2023-03-01 710

[BERANI SEMUKA] Masa depan Puteri UMNO

Puteri UMNO ditubuhkan pada 16 Oktober 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Ia dengan rasminya diperkenalkan kepada umum pada 9 April 2001.

Selepas 23 tahun melebarkan sayap, apakah Puteri UMNO masih mampu mengekalkan objektifnya? Adakah ia masih relevan atau hanya sekadar ada, langsung tidak memberi impak kepada UMNO?

Persoalan ini bakal dikupas dua calon daripada persaingan enam penjuru yang merebut jawatan Ketua Puteri dalam Pemilihan UMNO penggal 2023-2026, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Fadwah Anuwar, juga dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Saksikan Berani Semuka, Rabu, 1 Mac 2023 jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian.

#BeraniSemuka #SinarHarian #DiraAbuZahar #FadwahAnuwar